::Video Minggu Ini::

::Terjemahan Al-Quran::

::Al-Hadis::

Thursday, 5 May 2011

2011 , Di sini kami bermula......

Tahun 2010 telah genap 12 bulan, hadir tahun 2011 menutupi tirai tahun 2010 dan bermulalah satu era pemerintahan bagi Harakah Islamiah, Badan Latihan dan Kepemimpinan Islam Maahad Tahfiz Sains (BalkisMTS) bagi sesi tahun 2011. Pada Januari baru-baru ini, kami telah menyempurnakan proses penstrukturan organisasi dan Insya-Allah kami bakal merealisasikan harapan umat Islam selama ini agar Islam kembali diamalkan tuntutannya secara syumuliyyah (keseluruhan merangkumi seluruh aspek kehidupan), dijulang dan disegani oleh para musuh Islam yang sedang bersatu ingin lihat Islam jatuh, jatuh dan terus jatuh melalui dwi peperangan iaitu perang senjata dan perang saraf ( ini yang kita takutkan kerana banyak perancangannya telah berjaya menaluki jiwa para pemuda Islam sekarang).


      Dewasa kini, sedih, pilu dan bimbang telah menyelebungi kebanyakan umat Islam yang sedar akan hakikat Islam yang kini kian jatuh dari tempat sebenarnya (kemuliaan dan kesejahteraan), akibat sikap para pemuda Islam yang tidak pandai membezakan sesuatu perkara samada perkara itu baik dan memberi manfaat kepadanya atau sebaliknya (halal dan haram apatah lagi), asalkan apa yang diidamkan oleh hawa nafsu amarahnya dikecapi yang kian menyeretnya ke lembah kebinasaan dan kehinaan di dunia dan di akhirat. Budaya Hendonisme, Gangsterisme dan berbagai lagi perkara yang tidak baik hampir cukup lengkap (satu package) tertanam di jiwa-jiwa anak muda Islam kini.

        Akhlak yang baik dan sifat-sifat mahmudah kian terus diabaikan oleh umat Islam dari sudut didikan dan tarbiah di peringkat kanak-kanak lebih-lebih lagi di peringkat remaja. Ini merupakan satu peranan yang besar yang perlu kita fokuskan samada sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka, orang yang lebih tua dalam menegur orang yang lebih muda dari mereka dan sebagainya. kini, akhlak buruk dan sifat mazmumah yang menjadi pujaan dan kebanggaan orang ramai. Inilah realiti umat Islam dan pemudanya di negara Malaysia khususnya, sedangkan tonggak kekuatan dan kehebatan sesuatu agama itu terletak pada pemuda- pemudi anutan agama mereka itu. Jika rosak pemuda-pemudinya maka jatuhlah agamanya.

          Di sini medan perjuangan kami bermula, dalam menampilkan aset-aset  Islam yang kita harapkan dari kalangan pemuda dan pemudi yang bakal membawa Al-quran ke tengah-tengah masyrakat untuk diamalkan secara syumul seterusnya menjulang Islam kembali tertegak di bumi Allah ini. InsyaAllah..
Strawberry On Top Of Cupcake

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...