Assalamualaikum kepada sahabat2 yang cukup ana sayangi, moga kesihatan diri dan imanmu masih terjaga.
Yang pertama dan buat selama-lamanya, setinggi kesyukuran buat Rabb, kerana masih dalam mode iman. Iman itu cukup mahal dan berharga, ALHAMDULILLAH masih kekal dalam hati. Sekadar peringatan untuk ana sendiri dan sahabat2 sekalian, AYUH MENJADI HAMBA ! ALLAH itu cukup sayang kepada hamba-hambaNya, dan DIA tidak berhajat kepada kita, bahkan kita yang terlalu memerlukan kasih sayang ALLAH. Janganlah kesenangan dan HAWA NAFSU kita membuat kita jauh daripada ALLAH. Dunia ini kita ibaratkan seperti anjing-anjing yang memakan daging yang didalamnya tersembunyi pisau yang cukup tajam. Lidah sudah berdarah tidak dipedulikan asal kehendak nafsu dipenuhi. Kenikmatan sementara dirasai namun kesengsaraan selamanya yang kita dapat.
<!-- more -->
Sekarang, zaman perang pemikiran dan jiwa. Setiap huffazul Quran perlu mempunyai fikrah yang cukup mantap. Jika antum sedar, visi BALKIS sendiri sudah merangkumi apa yang RASULULLAH bawa iaitu KEARAH MEMBUDAYAKAN CARA HIDUP ISLAM. Tidak ada jalan singkat, untuk membawa ISLAM yang menentang hawa nafsu manusia. Oleh itu, jangan diulangi kesilapan da'ie-da'ie lalu yang membawa ISLAM dengan cara kurang berhikmah. Da'ie yang dinamik faham mengenai pemikiran-pemikiran ISLAM serta mempunyai kefahaman akidah, syariah dan tasawuf yang mendalam. Amat rugi huffazul Quran yang sekadar menjadi kaset AL-QURAN, sedangkan kekuatan dan bakatnya masih boleh dikembangkan dengan menghidupkan FURQAN tersebut sebagai medium islah ummah.

Sahabat-sahabat generasi yang dinanti-nantikan,
Mungkin perkara bernilai yang setiap daripada kita temui di MTS adalah UKHWAH. Slogan 'Kita Kawan Sampai Syurga' sememangnya indah. Oleh itu tidak dapat tidak, adab bersahabat, bersamalah sehingga ke syurga. AJAK ke arah 'birru wattaqwa' dan TEGAH mereka dari 'fujur' dan kemaksiatan pada ALLAH. Pesanan TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT yang cukup bernilai, 'disebut fujur (kejahatan) berbanding TAQWA dalam QURAN adalah kerana fitrah nafsu suka akan kejahatan'. Maka dapat kita ambil ibrah, nafsu itu jika tidak diutamakan kebaikan keatasnya, pasti manusia tersebut rebah ke lembah Thaghut.
Buat pengakhiran, JUNJUNGLAH ISLAM walau di mana kita berada. Segenap medium dan uslub boleh diguna bagi membawa ISLAM. Semoga BALKIS menjadi wadah kegemilangan ISLAM. Sedangkan Nabi dihina membawa ISLAM, janganlah kita rebah kerana mencari redha manusia. ALLAH_1st. Salam.
percayakanlah sahabat yang kita kenal kerana Allah dan berpisah kerana Allah.. kerana mereka yang terbaik berbanding dgn yang lain.. kamu tak akan jumpa sahabat seperti mereka. always keep in touch.. may Allah bless you all..
ReplyDeletebarakallahu fikum..(n_n)