::Video Minggu Ini::

::Terjemahan Al-Quran::

::Al-Hadis::

Thursday, 25 October 2012

Musuh kita yang sebenarnya .

 


Siapakah?
Manusia yang mengutuk-kutuk kita?  Manusia yang mengeji kita? Manusia yang menganiayai kita?  Manusia yang tikam belakang kita? Mereka yang buat jahat kepada kita?
Kalaulah kita duduk sebentar, dan bermuhasabah kembali, mereka itu bukanlah musuh kita yang sebenarnya.
Siapakah musuh kita yang sebenarnya?
Syaitan.
Ya. Itulah musuh kita yang sebenarnya.
Mungkin pada sebahagian orang, perkara ini kelihatan simple.
“Musuh kita adalah siapa?” Jawapan: “Musuh kita adalah syaitan!” Mungkin sebahagian orang akan menganggapnya sebagai satu ilmu budak tadika. Tetapi di dalam artikel ini saya ingin membawa lebih daripada itu.
Saya ingin membawa kepada mengapa kita kena faham bahawa syaitan itu adalah musuh kita yang sebenarnya.


KISAH Nabi Yaakub AS 
Apabila Yusuf AS bermimpi akan satu fenomena yang menakjubkan, 11 bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya, Yusuf AS telah menceritakan hal itu kepada bapanya Ya’kub AS.
 “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” Surah Yusuf ayat 4.
Dan lihatlah apa yang dikatakan oleh Nabi Ya’kub AS.
“Ayahnya berkata: Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. Surah Yusuf ayat 5.
Pause.
Lihat apa yang dikatakan oleh Nabi Ya’kub?
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia…
Nabi Ya’kub tidak berkata: “Sesungguhnya abang kamu itu semuanya pendengki dan jahat.” Apa yang dia katakan adalah: “Takut abang kamu akan melakukan sesuatu kepada kamu, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata”
Perbuatan busuk abangnya itu, direlasikan dengan syaitan yang menyebabkan manusia tersimpang.
Sungguh cantik Ya’kub AS mendidik.
Dan apakah impak dari didikan ini?
Kini , sudah terbuka mata bagi melihat musuh kita yang sebenar benarnya . Yang sentiasa menghasut kita . Bagaimana ingin mengelak dari musuh ini . Marilah sama sama kita dekat , rapat dengan pencipta kita . Sudah tentu Dia ingin membantu kita. 

SEKIAN C:


Tuesday, 5 June 2012

Cuma orang kampung yang tak pernah makan sambal belacan


Bismillah. 

Pada tengah hari yang terik dan panas, duduklah tiga orang gadis di sebuah pondok sambil berbual. Ya, pastinya topik yang dibual itu tentang makanan. Maklumlah kaum perempuan ni kuat makan. Lgi hok kuruh kuruh (kurus-kurus) tu. Yang badan mantain slim walau banyak makan tu memang untung kan? 



Gadis 1 ; EH ! haritu aku makan Tutti Frutti perisa baru, SEDAP sangatt.
Gadis 2 ; Haah lah kan, sedap sedap sedap *ala upin ipin.

*dari topik TF meleret lah sampai makanan makanan yang lain. *
*Tiba- tiba Gadis 3 dengan membuat muka 10 $ (kesian) berkata......*

Gadis 3 ; Oh ya ke? Maafkan saya , saya tak pernah makan semua tuu.  Maklumlah, saya kan orang kampong. Makan masakan kampung shj.

Kedua dua gadis tadi memandang Gadis 3 dengan reaksi terkejut =.=

Gadis1 : serius awak tak pernah makan semua tu?
Gadis 3: *angguk*
Gadis 2: Bagusnya awak ni. XD . hm. sambal belacan pernah makan?
Gadis 3: tak.

Gadis 1 dan 2 : -____________-, kampunglah sangat , sambal belacan pun tak pernah hadap. 


MACAM MANA PULA YANG MENGAKU ISLAM TAPI TAK PERNAH MELAKUKAN SURUHAN AGAMA, 

muhasabah iman dan islam masing masing, XD

Saturday, 21 April 2012

Peranan Zikir dalam kehidupan

Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca.


InsyaAllah hari ni kita semua akan berbincang tentang tajuk yang tertera diatas. Seperti yang kita tahu, zikir pada bahasa ,INGAT. tapi dalam konteks ni kita maksudkan zikir sebagai pengingat Allah, kan? Lagi lagi kita yang menyedari diri lemah ni hamba mestilah senantiasa mengingati Allah yang mana Allah tu tuan kita.

Teringat sebuah kisah sahabat, satu hari sahabat melalui satu jalan tanpa berzikir, kemudian dia berpatah balik lalu melalui jalan yang sama dengan berzikir.Kenapa di buat macam tu, kerana dia takut dengan sedikit masa yang dia lupa Allah ni, boleh menjadi penyesalan di akhirat kelak, Kerana Rasulullah pernah bersabda sedemikian.

Zikir ni bukan sahaja pelengkap kehidupan kita sebagai hamba yang taat, tetapi juga memainkan peranan penguat iman ,kan? Suatu masa dahulu, pada zaman Rasulullah . Baginda telah menjawab satu soalan sahabat ni. Dia berkata " aku ni sentiasa merasa berat bila hendak melakukan ibadat, merasakan ibadat ini beban bagiku. bagaimana aku hendak menghilangkan rasa ini? ". Baginda jawab " ingatlah Allah dengan membasahkan lidahmu dengan berzikir. ".

Kerana syaitan tidak akan MENDEKATI kita bila kita terus ingat Allah, dan sebaliknya .Jadi kita sangat untung jika kita terus ingat Allah, kan? Selain itu, dengan zikir , doa kita insyaAllah lebih cepat di makbulkan daripada orang yang tidak berzikir . dan perumpamaan orang yang berzikir dengan orang  yang tidak berzikir ialah ibarat orang hidup dan orang mati.


Dan sampai disini sajalah. Ianya sekadar peringatan untuk kita semua. Wassalam. c:

Friday, 2 March 2012

Hidup Adalah Perjuangan

Pemanduan di atas lebuh raya kehidupan tidak selalu lancar sebagaimana yang dirancang. Usaha menggapai impian tidak selalu dipayungi langit biru nan cerah. Malah, kadang-kadang terpaksa merentasi badai, air mata, keringat dan darah. Kejayaan dan kegagalan silih berganti menghasilkan warna pada kanvas kehidupan. Cantik atau hodoh, bergantung usaha dan kerja keras kita.

Rasulullah SAW, susuk tubuh agung dan dipuji makhluk dari segenap pelusuk alam semesta, adalah tauladan terbaik dalam menjalani kehidupan. Diuji sejak dari kecil dengan kehilangan ayahanda dan bonda tercinta. Disusuli pula datuknya tatkala usia masih mentah. Hidupnya disanjung kerana datang dari keturunan yang hebat, dihias pula dengan akhlak dan budi pekerti mulia. Sehinggalah tiba satu warkah berat yang seratus peratus menukar persepsi masyarakat terhadap baginda, iaitu Islam.

Najis, darah, bangkai, batu, pasir dan kata-kata nista menjadi ‘makanan’ baginda setiap hari. Hilang segala pakaian kemuliaannya selama ini hanya kerana satu-satunya agama yang benar dan diredhai Allah ini. Namun baginda terus positif lalu terus mengorak langkah menyebarkan syiar yang baginda percaya ini.

Lembah demi lembah, bukit demi bukit, padang pasir demi padang pasir dan peperangan demi peperangan yang diharungi tidak pernah mematahkan semangat baginda untuk memastikan kalimah ‘La ila ha illa Allah’ berada di tempat tertinggi. Kemuncaknya, Islam berjaya menguasai dua pertiga dunia. Ia hanya berlaku di zaman Khalifah Umar Al-Khattab setelah beberapa tahun kewafatan baginda.

Jelas, hidup ini adalah perjuangan tanpa akhirnya hingga kita menghadap Allah bagi mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita di dunia. Pohon durian yang tinggi lagi besar memerlukan masa bertahun-tahun lamanya untuk menjadi kukuh dan berbuah dengan lebat. Bayangkan bagaimana pohon Durian terpaksa menghadapi pelbagai tentangan yang berat dalam bentuk angin ribut, cuaca, serangga, tupai dan sebagainya hingga mencapai usia dewasa dan berbuah lebat. Sebaliknya bagi pokok tauge, tumbuh dengan sangat pantas dan pantas jugalah ia kembali layu.

Orang yang berjaya bukanlah golongan yang mengikut jalan orang lain yang sudah berjaya. Orang yang berjaya ialah orang yang membuka jalan baru yang belum pernah dilalui orang lain dengan melakukan perbezaan. Penetapan jalan ini tentulah dimulai dengan impian dan dibantu dengan ilmu. Dari situ, sasaran ditentukan. Sasaran menghasilkan perancangan dan perancangan merangsang tindakan. Tindakan yang terpandu dengan ilmu yang sahih menentukan hasil yang berkesinambungan.

Pada waktu kita memilih jalan yang menurut pandangan kita baik dengan segala risiko yang ada, pasti bukan semua yang menyokong keputusan kita. ‘Serangan’ boleh sahaja datang daripada persekitaran terdekat kita, malah orang yang kita kasihi sendiri. Orang yang bertanggungjawab atas perbuatan dan masa depan kita adalah diri kita sendiri. Kebanyakan orang hanya menjadi penonton dan tukang komen yang baik sahaja. Sekiranya menurut pertimbangan kita yang matang dan orang-orang yang pakar itu sudah baik serta tidak menyalahi panduan wahyu, maka teruskan.

Pada detik-detik akhir kehidupan dan sebelum dipanggil berehat panjang di peraduan Allah yang Maha Pencipta, kita mampu tersenyum puas kerana dapat berjuang menempuhi kehidupan yang penuh liku ini.
Strawberry On Top Of Cupcake

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...