::Video Minggu Ini::

::Terjemahan Al-Quran::

::Al-Hadis::

Friday 29 July 2011

Bidadari Hiasan Dunia Tulang Belakang Seorang Lelaki | Bahagian 1

Assalamualaikum banin dan banat sekalian 


Jadilah Muslimah yang Solehah

Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain dan tidak bukan ialah kaum wanita, mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan dan keasyikkan. Saban waktu hidup mereka digambarkan bak bunga yang mekar mewangi di taman. Kelembutan, kecantikan dan kebaikan mereka selalu di dambakan oleh kaum lelaki kerana mereka ialah mahluk ciptaan Allah swt yang istimewa.

Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina.

Perkataan lain yang membawa erti perempuan adalah wanita, gadis, dara, betina. Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun keadaan interseks yang lain), dan terdapatnya juga perempuan-perempuan yang, pada awal kehidupan mereka, tidak mempunyai fisiologi perempuan yang tipikal (perempuan transeksual).


Ciri-ciri seorang wanita

Allah swt befirman (dengan maksudnya ):
“Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. (Ali-Imran : 36)

Islam menetapkan seseorang manusia itu sebagai wanita apabila dia memiliki 2 sifat, iaitu mempunyai sifat fizikal sebagai wanita seperti mempunyai kemaluan wanita, buah dada serta lain-lain yang seumpamanya (hormon dan lain-lain) setelah dilahirkan (secara asal, bukan melalui pembedahan plastik atau pemasangan alat tiruan) dan kerana itu Islam melarang penyerupaan wajah atau perilaku di antara kedua-dua jantina tersebut.

Sabda rasulullah ;
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga melaknat wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Dawud (4098); and Ahmad 2/325; dan Ibn Hibban (1904); dan lain-lain)

Manakala sifat yang kedua bukti seseorang itu merupakan wanita ialah apabila dia di datangi haid setelah baligh.

Diriwayatkan oleh Jabir ra bahawa Rasulullah s.a.w menemui Saidatina Aisyah r.a yang kebetulan sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapakah dengan dirimu ini? Saidatina Aisyah menjawab: Aku haid sedangkan mereka semua sudah bertahalul. Aku belum lagi bertahallul dan Tawaf di Baitullah. Mereka sedang mengerjakan Haji. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ini adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah terhadap setiap anak perempuan Adam.”
(Hadis sahih di dalam Sahih Muslim no. 2127)

Islam tidak memasukkan faktor perasaan dan kehendak hati sebagai pertimbangan untuk menetapkan jantina manusia dan hal ini merupakan penolakkan kepada golongan yang ingin menukar jantina mereka dengan alasan bahawa naluri mereka kononnya tidak bersama dengan jantina yang dimiliki.

Seorang yang memiliki sifat lelaki, sekalipun beliau mendakwa mempunyai naluri dan perasaan kewanitaan tetap tidak boleh menukar jantinanya di sisi Islam kerana perasaan, dorongan hati hanyalah permainan syaitan yang berlegar di ruang minda manusia semenjak kecil dan ramai yang terjebak oleh permainan hati dan perasaan yang dipandu oleh syaitan ini.




bersambung......

No comments:

Post a Comment

Strawberry On Top Of Cupcake

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...