::Video Minggu Ini::

::Terjemahan Al-Quran::

::Al-Hadis::

Friday 29 July 2011

Hanya Kerana Jilbab


3 Jun lalu, dunia bola sepak telah dikejutkan dengan pembatalan penyertaan pasukan bola sepak olimpik wanita Iran di saat-sat akhir menentang Jordan. Tatkala semua pemain telah masuk ke padang, pihak pengurusan Bahrain telah membuat bantahan tentang pemakaian berjilbab pasukan Iran. Lalu Iran digagalkan dan Jordan dianugerahkan kemengan percuma 3-0.
Para pemain Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, seterusnya berlari mengelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan air mata yang menitis. Sikap tegas pasukan Iran dalam menegakkan hukum Allah membuat para pemain Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.
Terfikir juga kehebatan muslimat-muslimat di Perancis, Itali dan lain-lain yang agak hostile dengan dunia Islam. Tatkala dihujani pelbagai tohmahan, mereka masih mampu bertahan. Kita di Malaysia? rela bukak-bukak lagi…. renung-renungkan dan selamat beramal.


No comments:

Post a Comment

Strawberry On Top Of Cupcake

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...