::Video Minggu Ini::

::Terjemahan Al-Quran::

::Al-Hadis::

Friday 29 July 2011

Puisi Telaga Ramadan | Mari Menjadi Ikannya

Ramadan Datang Membawa Peluang Menunggu Manusia Merebutnya




Ada sekuntum hari
Dimana wanginya mengharumi bumi sepanjang masa
Kerana saat itulah kemurahan sang Khaliq berlimpah ruah
Memberi rahmat kepada setiap jiwa

Gugusan hari itu adalah Ramadan
Ia telaga Rahmat
Airnya penuh mutiara Maghfirah
Gemerciknya beralun zikir dan tadarus
Tepiannnya doa lemah lembut penuh raja’ dan khauf

Siapa yang ingin jadi ikannya?
Mari berenang mencari taqwa
Agar setiap sirip kita tidak patah sia-sia


Ia rahsia
Bukan sekadar lapar dan dahaga
Tapi itulah hakikat cinta
Dan jalan untuk mendapat reda dari Allah
Kerana dengan lapar dan haus
Kita sedar siapa diri kita
Kita lebih memahami bahawa kita hanya sebutir debu
Di antara keluasan alam Pencipta kita

Mari merinduinya
Kerana di sisinya penuh nikmat dari Ilahi
Di cakerawalanya penuh rahmat,maghfirah dan nikmat bebas dari api neraka
Di malamnya nuzul quran wa lailatul qadr

Hidupkan Ramadan Bersama Al-Quran

No comments:

Post a Comment

Strawberry On Top Of Cupcake

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...